Sunday, January 31, 2010

Mencari jodoh atau menunggu jodoh?



Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah

“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”
“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”
“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”
“Takkanlah perigi nak cari timba?”
Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:
"first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…"
Beliau juga memberikan komen:
"akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal…….."
Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.
Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.
Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?
Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).
Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.
Nah, itulah jawapannya.
Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.
Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.
Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.
Selamat Berusaha!

http://abimuslih.wordpress.com

PROTON WIRA DAN MASA

Langkah kembara bermula lagi, saat mata terlihat panorama sekeliling terasa jari ini ingin berirama mencoret sebuah catatan kembara, mengimbas kenangan yang berlegar di sekeliling memori..Allahamdulillah, syukur ya Allah nafas ini bertiup lagi, saat ini berada dalam kereta myv putih,kereta yang seblum ini berkhidmat untuk menghantar insan-insan yang ikhlas menuntut ilmu tika negeri johor menjadi lokasi kembara ku selama 3 bulan..namun hari ini kereta itu memberanikan diri mengembara ke kuala lumpur..

Langit cerah memayungi perjalan kami diluar tingkap terlihat daun-daun seperti meraikan perjalan kami melambai-lambai mengikut rentak melodi angin berapa minit kemudian Protan wira NBF 2273 memotong kereta kami dengan kelajuan yang pantas,berjalan terus menyusur lebu raya ku perhati hingga hilang dari pandangan mata..lantas ku tersenyum, otak ku memberi isyarat tanda ingin berkata-kata..

Ya Allah sungguh cepat masa berlalu tanpa disedari usia ku sudah mencecah 23 tahun..bila mengenangkan kembali protan wira tadi ibarat ianya masa yang tanpa disedari memotong secara perlahan-lahan..ia itulah kehidupan di dataran ini...
masa sentiasa mencemburui benar la kalam Allah berbicara dalam surah Al-ashr...

“Demi masa.sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”
[al-ashr:1-3]

Allah berbicara dalam surah ini dengan mengatakan bahawa manusia itu asalnya berada dalam kerugian(la fii khusri),melaikan mereka yang berjaya melepasi pra-syarat yang terkandung dalam surah ini;

1.Aamanuu,(mereka yang beriman dan yang mengucap syahadah bukan hanya dibibir tapi juga digerakkan dengan amalan)
2.Wa ‘amilushshaalihaati,(mereka yang beramal shaleh yakni takut kepada Allah tika bersendirian mauhupun di kalayak ramai)
3.Wa tawaashau bil haqqi,(mereka juga saling menasehati kepada kebenaran dengan cara yang benar)
4.Wa tawashau bishshabri,(mereka juga saling memberi nasehat untuk bersikap sabar dengan cara sabar)

Benarkah diri ini telah beriman ya Allah, ku termenung seketika mengimbas kenangan yang pernah ku lalaui, kehidupan dikala gembira bersama teman-teman tarbiyah di universiti dahulu disaat cinta dan kasih hanya pada program-program tarbiyah..apakah semua ini telah kau redha ya Allah..hati ku sayu seketika.

"Ku bermonolog pada hati andai la diri ini ditakdirkan menjadi pembela kepada agama MU ku mohon jaganlah jadikan kan ku seperti air di kolah yang sifatnya statik menunggu masa untuk ditukar(berubah) namun jadikanlah aku seperti air di sungai yang mengalir tanpa henti walaupun  batu menghalangi perjalanan namun tetap mengalir untuk memberi manfaat pada makhluk Allah yang memerlukan.."

Friday, January 22, 2010

HIJRAH KEMBARA KU


Di dataran ini kita bertemu
Mencari erti penghidupan abadi
Memburu kasih Cinta Hakiki
Kita adalah pengembara
Yang sering mencari arah
Daripada perjalanan ini
Kerana sudah sekian lama kita berulit mimpi ngeri

Lorong demi lorong kita lewati
Bersama keangkuhan yang merantai kaki
Dan bicara tuhan
Bukan lagi puisi pada sebuah Hati

Gerakan langkah yang sumbang
Dan tapak-tapak hitam di pantai adalah jejak sebuah perjalanan yang suram
Kerana kelmarin tidak pernah
Menjanjikan apa-apa
Meski sebuah mimpi indah berdansa didunia sementara
Tak terfikir sebuah kematian
Menunggu di balik tabir waktu

Ku tersentak seketika mata ku terbeliak
Nafas ku berlari ibarat kuda yang liar
Hati ku berfikir rupanya
keberangkatan ini sebenarnya
persis daun-daun yang luruh

yang tidak mempunya musim
gugurnya tanpa disedari
kita akan terus mengembara
dan berhijrah
kedaerah perhitungan yang hakiki

maka
bicaralah bersama iman
bukalah mata gerakkan langkah
kerana perjalanan kita masih jauh
tanyalah kepaada hati siapa sebenarnya kita
di sisi-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity