Wednesday, May 11, 2011

KEMBARA MENUJU ALLAH


Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepada-Nya
Mengasihi-Nya sepenuh jiwa dan raga 
Mencintainya sekuat hati

Aku imipikan diriku yang sentiasa mengalir air mata 
Akibat rindu-Nya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku sering menipu kecintaan ku kepada-Nya

Aku impikan diriku yang hatinya sentiasa bergetar 
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang bila disebut azab-Nya 
Tetapi tenang semula bila dicerita kasih sayang-Nya yang maha luas

Aku impikan diriku yang setiap detik mengingati Nya 
Akan nikmat-Nya yang tidak terhingga
Kerna aku tiada apa-apa 
Dialah yang Maha Pemberi

Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal pada Nya
 Yang maha mengetahui apa yang terbaik buatku 
Maha suci dari menzalimiku 
Kerana Dia penciptaku 
yang penuh dengan kecintaan 
kepada makhluknya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity