Showing posts with label CATATAN KEMBARA. Show all posts
Showing posts with label CATATAN KEMBARA. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Bicara Hati Buat Ibu


Hjh Hasnah Bte Hj Lasimu

Dommm…..nriiii...!

Suara  adik rasma yang datang dari arah dapur membuat ku tiba-tiba cemas, kerana panggilannya seperti memberi isyarat ada sesuatu yang terjadi, dengan pantas aku menuju kearah suara tersebut..

‘kenapa ma.. ma kenapa..  sampai sahaja aku di dapur Astaqfirullah makkk!..

Ramadhan ke-22, Baru sehari setengah berada dirumah setelah setahun di perantauan, sekitar pukul 5.30pm waktu itu ibu hendak memasak sesuatu untuk kami sekeluarga  berbuka puasa, tapi malangnya ibu terglincir,keadaannya hingga hari ini sudah masuk 3 hari masih agak sukar untuk duduk, mungkin tulang belakang yang bengkok telah membengkak disebabkan pernah jatuh sebelum ini.

Kini pergerakkan ibu sangat terbatas, solatnya hanya berbaring di katil, ibu pernah pesan pada ku sebelum balik ke kampung agar dapat mengimamkan solat terawih dengannya dirumah nanti, tapi hajatnya untuk solat seperti  insan normal tidak kesampaian, namun aku bersyukur kerana sempat mengimamkan solat subuh dirumah bersama keluarga pada ramadhan ke-22 sebelum kejadian.

Aku berbicara kepada Allah apakah hikmah yang Allah ingin tunjukkan pada ku,apakah ilmu yang Allah ingin ajar kepada ku atas apa yang berlaku mungkin ini bahasa alam yang allah ingin sampaikan untuk aku mempelajari ilmu-Nya.. enam tahun berada di perantauan dengan komitmen balik ke kampung setahun sekali membuatkan diri ku bermuhasabah, sejauh mana kasih sayang ku terhadap ibu,bagaima pula halnya seandainya aku beristeri nanti adakah kasih sayangku terhadapnya akan pudar..teringat akan kisah seorang lelaki..

Diceritahkan seorang lelaki yang naik perahu kecil bersama ibunya, istri dan puteranya. Ketika ke tengah sungai, perahu dihempas oleh arus yang dahsyat sehingga terbalik bersama isinya. lelaki itu berfikir, siapa yang harus diselamatkannya, anaknya, istrinya, atau ibunya. Namun lalu dia langsung memeluk ibunya untuk menyelamatkannya. Lelaki itu berkata: ibuku,… ibuku…mustahil aku mendapatkan gantinya.

Kasih ibu hingga kesyurga, kasih sayangnya tidak terbanding dan tidak ada suatu pun yang dapat mengantikannya hatta insan itu seorang isteri, insan yang paling rapat dengan diri suatu hari nanti.

Bertepatan dengan Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim

Disinilah tanggungjawab sebagai seorang anak amat diperlukan, disaat ibu masih bernyawa menjadi kewajipan untuk membantu,menjaga dan mengembirakannya, memberikan sepenuh kasih sayang dan disaat setelah Allah menjemputnya pergi maka menjadi kewajipan juga sebagai seorang anak agar mendokan kesejahteraannya di sana, melaksanakan nazar  yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai , mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang yang belum langsai semasa hayat mereka.


Terima kasih ya Allah kerana memberikan ku seorang ibu dan memberikan ku peluang untuk berbakti dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya sebelum Engkau menjemputnya kembali semoga kasih sayang Mu mencurah-curah keatasnya. Amin.


Bicara Hati buat mu IBU

Ibu..
Engkaulah insan yang melahirkan ku
Engkaulah insan yang menjaga ku
Engkaulah insan yang membesarkan ku
Engkaulah insan yang berkorban jiwa untuk ku
Engkaulauh Insan yang cinta pada ku tanpa minta dibalas

Ibu..
Saat ku berduka engkau hadir sebagai penghibur
Saat ku marah engkau hadir sebagai penenang hati
Saat ku susah engkau hulurkan tangan membantu ku
Saat ku gembira engkau insan yang pertama tersenyum

Ibu..
Kini wajah mu penuh kedut tapi kasih sayang mu tidak berubah kepada ku
Kini tenaga mu makin berkurang tapi tidak pernah engkau mengeluh untuk membantu ku
Kini jasad mu terdampar di katil tapi doa mu tidak pernah terputus untuk ku
Kini engkau sakit seluruh badan tidak bergerak tapi engkau masih senyum untuk menghibur hati ku

Ibu..
Hanya doa ku panjatkan kepada Allah untuk mu
Selagi Engkau hidup di dataran persinggahan ini
akan ku sentiasa berkhidmat untuk mu



Thursday, January 13, 2011

2011 PASTI BOLEH!!!





“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.



Menghitung masa dan hari bukan lah semudah perkiraan, seringkali memori terlupa ditinggal waktu yang kian tua, bumi berputar di garisan orbit yang tidak berubah namun isinya berkembang dan dewasa meredah zaman, Usia meningkat sebaik hari bertukar,sebaik masa berdetik dan sebaik tahun bergerak. Namun diri ku masih disini, berdiri,duduk,dan berjalan bersama jasad sebagai pinjaman yang pastinya akan dikembalikan suatu hari nanti.

2011 tahun yang menjadikan no lahir ku 11.1.11, mungkin ianya hanya sekadar no yang tiada nilai, mungkin juga ia sekadar no yang cantik dilihat oleh mata dunia, bagi diri ku gementar,resah telah mula menziarahi tubuh badan yang kecil ini. bertepuk dada ku, berteriak iman ku memberontak bertanyakan mengapa dan kenapa ujian dunia ini sungguh hebat kurasakan sehingga terguris dan tercalar iman ini dek kejahilan diri ku yang semakin berusia mungkin inilah fitrah manusia pasang surut ujian yang tidak pernah terlepas dari pemerhatian yang Maha Kuasa, namun semua yang datang sebagai ujian perlu dilihat dari 'Kaca Mata Cinta' pada Allah, agar terbit kasih sayang yang menatijahkan kebahagian hakiki walaupun ianya pahit untuk ditelan,perit untuk dirasai namun pastinya semua itu petanda Allah ingin berbicara, dalam Al-quran juga Hadith membenarkannya..


1. Dalam surah Al-angkabut ayat 1 hingga 3, Allah datangkan ujian itu adalah tanda Allah ingin uji sejauh mana keimanan hambanya

"Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Al-Ankabut: 1-3)

2. Allah menguji ingin menunjukkan bahawa itu adalah hakikat kehidupan didunia.

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk: 1-2)


3. Allah juga menguji untuk memberi peluang kepada manusia untuk bermuhasabah diri akan erti hidup sebagai hambaNya.

Maka Kami hukumlah Fir`aun dan bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim. (Al-Qashas: 40)

4. Ujian itu juga hadir untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah

Dari Sa'd bin Abi Waqash, aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Wahai
Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat ujiannya?" Beliau menjawab, "Para nabi, kemudian orang-orang yang seperti para nabi,
Kemudian orang-orang yang seperti mereka. Seorang hamba diuji Allah berdasarkan keimanannya. Jika keimanannya kukuh, maka akan semakin berat ujiannya. Namun jika keimanannya lemah, maka ia akan diuji berdasarkan keimanannya tersebut. Dan ujian tidak akan berpisah dari seorang hamba hingga nanti ia meninggalkannya berjalan di muka bumi seperti ia tidak memiliki satu dosapun. (HR. Tirmidzi).

5. Ujian yang Allah beri juga petanda Cinta dan sayangnya Allah kepada kita..

Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Besarnya suatu pahala adalah tergantung dari besarnya ujian dari Allah. Dan sesungguhnya Allah swt. apabila mencintai suatu kaum, Allah menguji mereka. Jika (dengan ujian tersebut) mereka redha, maka Allah pun memberikan keredhaan-Nya. Dan siapa yang marah (tidak redha), maka Allah pun marah terhadapnya."
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Alhamdulillah, itulah nikmat yang sering kita lupakan disebalik kelemahan dan kegusaran hati akan dosa-dosa yang  kian bertambah Allah tetap memberi kasih sayangNya dan kasih sayang itu melebihi kemurkaanNya. saban tahun  kenangan indah dan pahit tertulis dalam dairi diri yang pasti akan berlalu, setiap ujian yang datang dan pergi tidak terlepas menjadi bicara hati yang ingin dibawah bermuhassabah bersama Iman, agar hasil yang diperolehi akan mencerahkan laluan untuk mencapai matlamat atau visi pada tahun ini,yang pastinya kembara ku belum berkahir kerana perjuangan ku masih panjang..

Tuesday, July 27, 2010

Dimana Kalian..



Cerita ini mengisahkan empat orang yang bernama..
SEMUA ORANG, SESEORANG, SIAPA SA
HAJA &  TAK SEORANG PUN.
Ada tugas penting untuk dikerjakan dan SEMUA ORANG diminta

melakukannya.
SEMUA ORANG yakin bahawa SESEORANG akan melakukannya.
SIAPA SAHAJA boleh melakukannya, tetapi TAK SEORANG PUN yang
melakukannya.
SESEORANG menjadi marah tentang itu, sebab ini tugas

SEMUA ORANG
.
SEMUA ORANG menganggap bahawa SIAPA SAHAJA dapat
melakukannya, tetapi  TAK SEORANG PUN yang menyedari
bahawa SEMUA ORANG tidak akan  melakukannya.

Akhirnya, SEMUA ORANG menyalahkan SESEORANG ketika

TAK SEORANG PUN melakukan apa yang boleh dilakukan oleh
SIAPA SAHAJA.

Tugas siapakah itu???
 saya tinggalkan kamu pada persoalan ini.....

Friday, March 5, 2010

Muktamar Wehdatul Islamiah versi Edition

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .

Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .
Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , majlis pembukaan turut diberi penghormatan kepada ulama' - ulama' berikut untuk berucap :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

Tentunya ramai lagi pembentang kertas kerja yang tidak sempat saya catat , sementara ada juga beberapa kertas kerja yang saya tidak sempat menghadhirinya kerana mempunyai program lain di Tehran . Namun keseluruhan perbincangan dan perbahasan para ulama' dipersidangan ini [ antara yang BOLEH ] saya simpulkan seperti berikut :

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]
Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .
Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .







http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Wednesday, February 24, 2010

SURAT CINTA UNTUK JIWA

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalany, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..
Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

Sunday, January 31, 2010

PROTON WIRA DAN MASA

Langkah kembara bermula lagi, saat mata terlihat panorama sekeliling terasa jari ini ingin berirama mencoret sebuah catatan kembara, mengimbas kenangan yang berlegar di sekeliling memori..Allahamdulillah, syukur ya Allah nafas ini bertiup lagi, saat ini berada dalam kereta myv putih,kereta yang seblum ini berkhidmat untuk menghantar insan-insan yang ikhlas menuntut ilmu tika negeri johor menjadi lokasi kembara ku selama 3 bulan..namun hari ini kereta itu memberanikan diri mengembara ke kuala lumpur..

Langit cerah memayungi perjalan kami diluar tingkap terlihat daun-daun seperti meraikan perjalan kami melambai-lambai mengikut rentak melodi angin berapa minit kemudian Protan wira NBF 2273 memotong kereta kami dengan kelajuan yang pantas,berjalan terus menyusur lebu raya ku perhati hingga hilang dari pandangan mata..lantas ku tersenyum, otak ku memberi isyarat tanda ingin berkata-kata..

Ya Allah sungguh cepat masa berlalu tanpa disedari usia ku sudah mencecah 23 tahun..bila mengenangkan kembali protan wira tadi ibarat ianya masa yang tanpa disedari memotong secara perlahan-lahan..ia itulah kehidupan di dataran ini...
masa sentiasa mencemburui benar la kalam Allah berbicara dalam surah Al-ashr...

“Demi masa.sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.”
[al-ashr:1-3]

Allah berbicara dalam surah ini dengan mengatakan bahawa manusia itu asalnya berada dalam kerugian(la fii khusri),melaikan mereka yang berjaya melepasi pra-syarat yang terkandung dalam surah ini;

1.Aamanuu,(mereka yang beriman dan yang mengucap syahadah bukan hanya dibibir tapi juga digerakkan dengan amalan)
2.Wa ‘amilushshaalihaati,(mereka yang beramal shaleh yakni takut kepada Allah tika bersendirian mauhupun di kalayak ramai)
3.Wa tawaashau bil haqqi,(mereka juga saling menasehati kepada kebenaran dengan cara yang benar)
4.Wa tawashau bishshabri,(mereka juga saling memberi nasehat untuk bersikap sabar dengan cara sabar)

Benarkah diri ini telah beriman ya Allah, ku termenung seketika mengimbas kenangan yang pernah ku lalaui, kehidupan dikala gembira bersama teman-teman tarbiyah di universiti dahulu disaat cinta dan kasih hanya pada program-program tarbiyah..apakah semua ini telah kau redha ya Allah..hati ku sayu seketika.

"Ku bermonolog pada hati andai la diri ini ditakdirkan menjadi pembela kepada agama MU ku mohon jaganlah jadikan kan ku seperti air di kolah yang sifatnya statik menunggu masa untuk ditukar(berubah) namun jadikanlah aku seperti air di sungai yang mengalir tanpa henti walaupun  batu menghalangi perjalanan namun tetap mengalir untuk memberi manfaat pada makhluk Allah yang memerlukan.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity