Friday, January 22, 2010

HIJRAH KEMBARA KU


Di dataran ini kita bertemu
Mencari erti penghidupan abadi
Memburu kasih Cinta Hakiki
Kita adalah pengembara
Yang sering mencari arah
Daripada perjalanan ini
Kerana sudah sekian lama kita berulit mimpi ngeri

Lorong demi lorong kita lewati
Bersama keangkuhan yang merantai kaki
Dan bicara tuhan
Bukan lagi puisi pada sebuah Hati

Gerakan langkah yang sumbang
Dan tapak-tapak hitam di pantai adalah jejak sebuah perjalanan yang suram
Kerana kelmarin tidak pernah
Menjanjikan apa-apa
Meski sebuah mimpi indah berdansa didunia sementara
Tak terfikir sebuah kematian
Menunggu di balik tabir waktu

Ku tersentak seketika mata ku terbeliak
Nafas ku berlari ibarat kuda yang liar
Hati ku berfikir rupanya
keberangkatan ini sebenarnya
persis daun-daun yang luruh

yang tidak mempunya musim
gugurnya tanpa disedari
kita akan terus mengembara
dan berhijrah
kedaerah perhitungan yang hakiki

maka
bicaralah bersama iman
bukalah mata gerakkan langkah
kerana perjalanan kita masih jauh
tanyalah kepaada hati siapa sebenarnya kita
di sisi-Nya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity