Kalau hati ingin merindu,Rindulah pada Dia yang satu,
Kalau hati ingin mengasihi,Kasihilah Dia yang Maha Suci,
Kalau hati ingin bercinta,Cintailah Dia yang Maha Esa,
kerana………
Rindu Dia tidak berdebu,Kasih Dia tidak memilih,Cinta Dia Maha Setia.
Ya Allah……
Tuhanku yang satu,Aku hati bersalut noda,Aku berdosa memohon dikasihi,Aku hati rapuh yang bermunajat,Yang menagih rindu-Mu,Yang menadah kasih-Mu,Yang mengharap cinta-Mu.
Ya Allah…….
Inilah hati yang berserah,Selama hidup dan mati,
Mengharapkan redha-Mu Ilahi…….
Monday, March 16, 2009
Luahan Hati Dilkala Gelisah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment